Followers

Thursday, October 22, 2015

Pandikar nak senarai anti-Najib lebih dulu pulak... Oleh Shahbudin Husin


Pandikar nak senarai anti-Najib lebih dulu pulak...Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya.

Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi saja. 

Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata Pandikar.

Meminta senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak langsung bermakna ia berupa "pancingan" daripada Speaker agar pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti Najib, malah yang sanggup "melompat kolam".

Sudah tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup "menjerut leher" lebih awal daripada yang sepatutnya. 

Dan kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia memungkinkan terdedah pula kepada proses "tawar menawar" yang menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.

Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.Sebelum itu, usul persendirian tidak percaya terhadap Najib yang cuba dibawa oleh PKR disenaraikan di agenda 25 daripada 28 keseluruhannya dan belum tentu dapat dibentangkan berikutan aturan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kemudian apabila DAP mahu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri membentangkannya, ia juga dikatakan tidak mungkin sempat dibawa dalam sessi Parlimen yang sedang berjalan sekarang kerana ia memerlukan notis 14 hari lebih awal. 

Oleh yang demikian, usul Dr Wan Azizah itu mungkin hanya boleh dibawa pada sessi Parlimen Mac tahun depan.

vv

Dan hari ini, Speaker mahu disenaraikan Ahli Parlimen lain, selain 89 orang daripada pembangkang, yang mahu menyokong usul tersebut.Licik, licik taktik Pandikar ini.Maknanya tugas beliau sebagai Speaker untuk memastikan tiada usul yang boleh memalukan Najib, sehingga ini boleh dikira berjaya digalasnya dengan cemerlang

Soalnya, kenapa takut sangat dengan usul tidak percaya itu? Jika yakin pembangkang hanya ada 89 undi, kenapa perlu bimbang? 

Tidak bolehkah ia dibiarkan dibahaskan terlebih dahulu sebelum diketahui siapa menyokong dan siapa yang tidak? Inikah sebahagian proses demokrasi?

Selain itu, lihat saja watak Pandikar dalam sessi Parlimen kali ini. Garangnya lain macam. Sikit-sikit mahu tunjuk kuasa!

Sikit-sikit nak marah dan selalu sangat dilihat mengangkat tangannya ketika berucap. 

Tak terbayang watak inilah yang pernah mengadu kepada Tun Mahathir Mohamad memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai Speaker atas beberapa perkara tidak puas hati yang dibangkitkannya kepada bekas Perdana Menteri itu. 

Wahh...sudah jauh beza dulu dengan sekarang bahh!! -

BlogSpot


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.