Followers

Tuesday, October 20, 2015

A HORSE NAMED MAHATHIR: Blogger Umno menyamakan Tun dengan haiwan Oleh Sir Wenger


A HORSE NAMED MAHATHIR: Blogger Umno menyamakan Tun dengan haiwanBlogger UMNU , Big Dog telah menyamakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Negarawan termashyur sebagai seekor haiwan didalam posting terbarunya bertajuk "A Horse named Mahathir."

Tindakan ini dianggap sebagai biadap dan keterlaluan oleh hampir seluruh pelusuk masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu yang telah mendapat pelbagai manfaat dibawah pentadiraan Tun Dr Mahathir. 

Malah belum pernah mana mana blog pembangkang ataupun pro Anwar yang telah menyamakan Negarawan terkemuka itu sama tarafnya dengan haiwan.

Ini pula dinyatakan oleh seorang yang pernah duduk semeja, menjamu sclera dan membolosi pelbagai kontrek disebabkan pengaruh Tun Dr Mahathir. 

Akan tetapi, beliau mengkhianati mentornya dan sanggup mengeluarkan pendapat jijik semata-mata untuk menghiburkan hati CEO 1 MDB yang dijadikan sasaran oleh Tun.

Meskipun ramai bloggers Melayu yang pernah bersalam mesra secara peribadi dengan Tun , namun tiada seorang pun yang bangun untuk mempertahankan Tun dari serangan seorang yang mengiktiraf dirinya sebagai seekor Anjing.

ss

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, Sdr C Sivaraajah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai seorang racis yang hanya monolong orang Melayu. Beliau meminta perwakilan Pemuda MIC untuk berhenti mengagung-agungkan bekas Perdana Menteri. 

Sungguhpun, ada kebenaraan disebalik kenyataaa Ketua Pemuda MIC itu, namun ramai pemimpin Pemuda MIC tertarik dengan gaya pemerintahan Tun yang tegas dan tidak berkompromi.

Walaupun kecewa dengan pendiriaan Tun untuk tidak berkompromi daripada agenda memajukan orang Melayu, C Sivaraajah tetap menganggap Tun sebagai bekas pemimpin yang berwibawa dan tidak menyamakan beliau dengan haiwan.-BlogSpot

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.