Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu.
Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan : Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada PAS
Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.
Siapa yang bercakap benar?
Siapa yang berbohong?
Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri.
Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong ..... Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015
1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015.
Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .
2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.
3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia.
Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah.
Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.
4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki.
Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.
5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama.
Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi.
6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.
7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.
8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015.
Tidak benar dakwaan
yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah
haram
Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung
Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh
Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH
di Malaysia adalah tidak perlu.
Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan :
Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada
PAS
Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui
Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf
Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.
Siapa yang bercakap benar? Siapa yang berbohong? Mana mungkin seorang
ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah
sendiri. Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang
membohong .....
Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha
Agung
Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober
2015
1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan
Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini
bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan
Islam Antarabangsa .
2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum
Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.
3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan
pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak
Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah
memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling
bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan
mengenai Amanah.
4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha
Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan
beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah
dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga.
Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.
5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof
Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang
sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah
dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi.
6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa
dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di
Malaysia.
7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia
dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk
menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan
perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.
8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak
dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta
mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan
Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum
sewenang-wenangnya.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.