Followers

Saturday, September 19, 2015

Tolak Najib, sokong Muhyiddin, DAP gesa MCA


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa MCA menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penentangan beliau terhadap perhimpunan ‘baju merah’.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa MCA menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penentangan beliau terhadap perhimpunan ‘baju merah’

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa MCA untuk menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan bukannya terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, katanya, Muhyiddin menentang "perhimpunan baju merah" 16 September yang turut dibantah oleh MCA.

Najib sebaliknya mewajarkan dan mempertahankan perhimpunan tersebut, yang dianggap ramai pihak sebagai bersifat perkauman.

"Jelas sekali, Muhyiddin pilihan yang lebih baik daripada Najib untuk MCA. Kenapa MCA masih menyokong Najib, dan bukan Muhyiddin, dalam Barisan Nasional?" soalnya dalam satu kenyataan.

"Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat daripada kegagalan MCA mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin ialah kebimbangan yang ia akan kehilangan jawatan menteri, sama seperti Muhyiddin kerana menyuarakan kebenaran dan berusaha menghukum semua mereka yang mencuri, sama ada ayam atau berbilion ringgit wang rakyat." – 19 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.