Followers

Saturday, September 19, 2015

Khairuddin Ditangkap Sebelum Sempat Jumpa FBI Isnin Ini





Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.

Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.

Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.

Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.

Sebelum itu Khairuddin bersetuju menemui penyiasat polis di Bukit Aman berhubung dokumen diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat isu 1MDB.

Selain Switzerland, Khairuddin juga mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa di London, Singapura dan Hong Kong.

Beliau pernah dikenali sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.

- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.