Followers

Saturday, September 19, 2015

PAS tidak terlibat Pakatan 2.0 tetapi kekal dengan PKR, kata pemimpin OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA


PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.

PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.


PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata seorang pemimpin kanan parti Islam itu.

Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

"Kita akan teruskan kerjasama dengan PKR tetapi tidak akan terlibat dengan Pakatan 2.0," kata pemimpin yang tidak mahu namanya didedahkan itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Pemimpin Amanah yang berasal daripada kepimpinan PAS dianggap pengkhianat oleh parti Islam itu kerana melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.

Pengarah Penerangan PAS Amzad Hashim ketika mengulas pendirian Hadi itu berkata, pemimpin Amanah menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka.

"Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan pengkhianat) seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan?

"Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat," katanya yang baru dilantik ke jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS.

"Namun, kita bersedia menerima jika PAS mahu menyertainya selepas ini dengan syarat ia diterima oleh rakan yang lain," katanya.

PAS kini menganggap Amanah adalah musuh utamanya selepas anggota parti itu membentuk kumpulan serpihan dan menubuhkan parti baharu.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berkata, mereka lebih senang pemimpin mereka menyertai PKR daripada menyertai Amanah kerana parti baharu itu mahu memusnahkan PAS.

Dalam muktamar ke-61 Jun lalu, PAS meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungannya dengan DAP, sekali gus menamatkan gabungan Pakatan Rakyat. – 19 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.