KUALA
LUMPUR 27 Sept. – Pas perlu bertindak meninggalkan kerajaan Selangor
jika benar parti itu tidak mahu bersama pakatan pembangkang yang baharu
dibentuk.
Bekas aktivis Pas, Mohd.
Riza Kamaruddin berkata, Pas perlu berani untuk menjadi parti pembangkang dalam kerajaan negeri itu sekali gus membuktikan Pas tidak lagi boleh diperkudakan oleh DAP, PKR mahu pun parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (Amanah).
Jelas beliau, komitmen itu perlu diterjemahkan supaya Pas dilihat mempunyai kewibawaan dalam menguruskan hala tuju parti.
“Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian Pas, jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka Pas wajar memutuskan hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.
“Sekiranya tidak bertindak sedemikian bermakna Pas juga sebahagian pakatan pembangkang baharu. Oleh itu Pas perlu mengeluarkan kenyataan agar parti itu tidak dilihat bersikap berdolak-dalik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Mohamad Abu Bakar berpendapat, pakatan pembangkang baharu tanpa penyertaan Pas dijangka melemahkan kekuatan mereka selain hanya popular untuk sementara waktu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, populariti sementara diperoleh pakatan tersebut bukan disebabkan oleh kehebatan perjuangan mereka sebaliknya daripada sentimen penyokong masing-masing yang antikerajaan.
Dalam
pada itu, bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, pakatan pembangkang
baharu tidak mampu memberi harapan kepada rakyat selagi setiap parti
tidak mempunyai agenda perjuangan yang sama.
Malah kata beliau, penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa Pas dilihat tidak boleh diharapkan memandangkan mereka hanya bermatlamatkan untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Pakatan baharu ini bermatlamat hanya hendak menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kita tidak nampak apa dasar mereka atau manifesto yang boleh dijanjikan untuk rakyat sekiranya memerintah negara.
“Saya memang putus harapan dengan pakatan pembangkang sejak diwujudkan kerana setiap parti mempunyai kepentingan masing-masing, bagaimana untuk bersatu,” katanya.-Utusan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.