Followers

Monday, September 28, 2015

Menelan antara Zahid & Muhyiddin sebagai PENGGANTI jika Najib disingkirkan Oleh Shahbudin Husin


Menelan antara Zahid & Muhyiddin sebagai PENGGANTI jika Najib disingkirkanTidak dapat dipastikan bilakah Najib Razak mahu berundur daripada jawatannya atau apakah beliau benar-benar sedia berundur, tetapi di mana-mana pertanyaan yang tidak henti-henti didengar ialah siapakah bakal penggantinya yang paling layak?

Pertanyaan itu tidak saja ditanyakan oleh ahli dan penyokong parti politik atau mereka yang berminat dengan politik, tetapi juga oleh ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional, suri rumah, malah murid sekolah turut inginkan jawapan kepada persoalan yang sama.

Seorang murid sekolah berusia 16 tahun pernah bertanya kepada saya, antara Muhyiddin dan Zahid, siapa lebih bagus untuk menggantikan Najib?

Pertanyaan yang semakin meningkat dan dari pelbagai peringkat tentang pengganti itu membuktikan Najib pada hakikatnya semakin tidak dikehendaki dan kedudukannya kian menjauh daripada hati nurani rakyat.

Apatah lagi, walaupun berjaya mengelakkan dirinya daripada disiasat dengan menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas dan melengah-lengahkan pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Najib kini bakal berdepan siasatan di peringkat antarabangsa pula.

Daripada sekian banyak negara yang diberikan laporan mengenainya berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta, sekurang-kurangnya Jabatan Peguam Negara Switzerland, Biro Penyiasatan Persekutuan atau FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dilaporkan bakal melakukan siasatan terhadap Najib.

Bersama asakan dalam negara yang mahukannya berundur, khususnya yang ditunjangi dan dilakukan tanpa henti oleh Tun Mahathir, hakikatnya sukar dijangka sama ada Najib mampu terus mempertahankan jawatannya atau terpaksa mengalah akhirnya.

Pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa saja. 

Dalam masa yang sama, kita juga tidak tahu apa dan berapa banyak lagi "peluru" yang dimiliki oleh Tun Mahathir untuk memaksa pemberhentian Najib.

qq

Begitu juga, kita turut tidak tahu apa lagi pendedahan daripada media antarabangsa bakal menimpa Najib seterusnya yang tentu saja akan membuatkannya semakin dipandang serong oleh dunia. 

Oleh itu, walaupun Najib mungkin cuba bertahan selagi mampu, kemungkinan beliau terpaksa berundur akhirnya kerana tekanan yang makin menghimpit dari pelbagai sudut, tidaklah mustahil sebenarnya.

Rata-rata orangramai menyebut dua dua nama sebagai pengganti jika Najib disingkirkan iaitu Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Ada yang mengatakan Zahid yang sepatutnya mengambil alih jawatan itu kerana kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Zahid juga dipercayai akan mendapat lebih sokongan daripada kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berbanding Muhyiddin untuk lebih dulu mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mengangkat sumpah dan menerima watikah jawatan.

Walaupun agak kurang berpengalaman dan baru berada dalam kabinet sejak era kepimpinan Tun Abdullah Badawi berbanding Muhyiddin yang telah menganggotai kerajaan sejak 37 tahun lalu, kelebihan Zahid ialah kemesraan dan kepungannya yang kukuh di kalangan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO.

Tambahan lagi, dengan kuasa kian bertambah sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri sejak beberapa tahun lalu, Zahid memang tiada masalah untuk mendapatkan sokongan lebih baik daripada UMNO jika keadaan memerlukannya bersaing dengan Muhyiddin bagi jawatan Perdana Menteri itu.

Tetapi jika mengambil kira konsep parti menguasai kerajaan, ketiadaan Najib seharusnya membolehkan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO untuk mengambil alihnya. Ia akan membolehkan UMNO terus dihormati sebagai teras dalam BN.Kecelaruan dan kejanggalan juga akan berlaku jika Zahid yang menjadi Perdana Menteri, tetapi Muhyiddin pula sekadar menjadi pemangku Presiden UMNO saja.

Bayangkan saja suasana ketika mesyuarat MT, Perhimpunan Agung UMNO dan mesyuarat BN yang terpaksa dipimpin oleh seseorang yang bukan menjadi ketua kerajaan.

Bayangkan pula Zahid yang menjadi Perdana Menteri tetapi tidak mengetuai UMNO dan tidak juga menjadi "kepala" dalam BN.

Dalam hal ini, Tun Mahathir pernah menyatakan pengganti Najib sepatutnya diserahkan kepada UMNO menentukannya dan tidak syak lagi pandangan itu lebih memihak kepada Muhyiddin. -Blogspot


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.