Followers

Wednesday, September 30, 2015

Parlimen pertimbang laksana kaedah ‘Prime Minister Question Time’

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parlimen-pertimbang-laksana-kaedah-prime-minister-question-time#sthash.PFkaIPY5.dpuf
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini.

“Prime Minister Question Time” yang dilaksanakan Parlimen Australia menarik minat Parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaannya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidangan Parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada dalam Parlimen negara ini.

"Kita berbincang tentang prosedur dan cara Parlimen (masing-masing) bersidang dan di Malaysia kita tiada kaedah 'Prime Minister Question Time'.

"Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanakan di Parlimen Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr Andrew Southcott selama hampir sejam di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan melalui kaedah itu, perdana menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan anggota Parlimen.

Selain itu Pandikar Amin berkata Southcott yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Australia turut berkongsi mengenai tugas dan peranan PAC negara beliau.

"Kita buat perbandingan tugas-tugas PAC seperti yang ada di sini dan satu soal yang timbul ialah adakah di Australia pengerusi PAC mesti daripada pembangkang, kerana itu yang sering dipersoalkan.

"Tapi jawapannya tidak, pengerusi PAC Australia daripada kerajaan, tidak semestinya pembangkang kerana ahli-ahli dalam PAC sudah terdiri daripada parti pembangkang dan lain-lain, bukan semua kerajaan," katanya.

Pandikar Amin berkata pihaknya juga menerima jemputan untuk mengadakan kunjungan balas ke Parlimen Australia. – Bernama, 29 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.