Followers

Wednesday, April 8, 2015

Anwar masih penasihat ekonomi Selangor yang sah, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau masih boleh mendapatkan nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penulisan dan kertas kerja yang boleh dirujuknya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau masih boleh mendapatkan nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penulisan dan kertas kerja yang boleh dirujuknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi merupakan Penasihat Ekonomi Selangor yang sah, walaupun beliau kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, kerajan negeri masih boleh mendapatkan nasihat Anwar melalui hasil penulisan dan rujukan, selain kertas kerja yang pernah dibentangkannya sebelum ini.

"Tidak apalah hari ini dia ada dalam penjara, esok belum tentu.

"Tetapi kalau pun dia dalam penjara, apakah saya tidak boleh dapat nasihat dengan penulisan dengan rujukan beliau, kertas kerja yang dibentangkan di dunia saya boleh rujuk.

"Sebab itu bagi saya beliau masih penasihat ekonomi di negeri Selangor," katanya dalam Dewan Undangan Negeri, (DUN) hari ini, menjawab gesaan pemimpin  Barisan Nasional (BN) jawatan itu perlu segera digantikan dengan individu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, Anwar masih layak berdasarkan latar belakangnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan World Bank dan International Monetary Fund (IMF).

Malah, badan kewangan Eropah juga katanya pernah mengisytihar Anwar sebagai Menteri Kewangan Cemerlang tahun 1996 selain memiliki peribadi yang diiktiraf ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi.

"Tidak suka dia tidak apa, tetapi jangan bina satu perasaan hasad dengki dan dendam. Dia mendapat sokongan 52% dalam pilihan raya umum yang lepas, sebab itu Umno semakin takut," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebelum itu bangun meminta penjelasan menteri besar berkenaan status Anwar selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen rayuan keluarganya pada 24 Februari lalu.

Susulan keputusan lembaga pengampunan itu, ketua umum PKR yang juga ketua pembangkang di Parlimen itu kini dilucutkan kelayakannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau kini menjalani hukuman penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mengekalkan kesalahannya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar pada tahun 2009 dilantik menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan hanya bergajikan RM1 sebulan.

Khalid semasa hari terakhirnya mentadbir negeri pada September tahun lalu menutup pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang Shah Alam, sekali gus memberhentikan tugas Anwar atas alasan mahu menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Namun jawatan itu dipertahankan Azmin.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.