Followers

Sunday, September 27, 2015

Khairuddin terima kunjungan isteri, peguam di hospital OLEH NABIHAH HAMID

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan.

Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang direman mengikut undang-undang pencegahan keganasan kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menerima pelawat hari ini, di hospital di mana beliau ditahan kerana demam denggi.

Ahli keluarga Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang melawat beliau di Hospital Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang.

"Dia sangat lemah, tetapi kuat semangat," kata Mathias ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya, beliau tidak mempunyai banyak maklumat mengenai keadaan Khairuddin dan tidak dimaklumkan siapa doktor yang merawat anak guamnya itu.

Sementara itu, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali atau Umie Aida, bersyukur dapat berjumpa suaminya.

"Alhamdulilah, saya dapat melawat abang (Khairuddin) tadi. Abang kena denggi, demam panas kejap dan (suhu badan) turun naik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Khairuddin, antara individu yang lantang mengkritik isu 1MDB dibawa ke HKL petang semalam.

Beliau sebelum ini ditahan reman selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Khairuddin sebelum ini mengemukakan bukti berkaitan 1MDB kepada peguam negara Switzerland, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Beliau juga memohon pihak berkuasa Hong Kong membuat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB. – 26 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.