Followers

Saturday, September 26, 2015

Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Sebentar Tadi Posted by Kita Bantai


Maria AR's photo.

Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Sebentar Tadi

BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal melangsungkan majlis pertunangan dalam waktu terdekat.

Ternyata, dakwaan tersebut benar belaka apabila Stacy atau nama Islam Ummu Syaikhah Stacy binti Anam sah bergelar tunangan Akim sebentar tadi.

Sekeping gambar majlis pertunangan pasangan selebriti ini turut tersebar meluas di media sosial sebaik sahaja dimuat naik menerusi laman Instagram Official Hlive!.

“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” ujar Akim.

Menurut satu sumber, masjid tersebut diadakan secara tertutup di sebuah kediaman di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga.

Sementara itu, peminat dilihat tidak henti-henti menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia menerusi media sosial.

Sebelum ini, Akim yang popular bersama kumpulan The Majistret menerusi laguMewangi pernah berjanji tidak akan mensia-siakan kekasih hatinya itu atas pengorbanan Stacy memeluk Islam. 

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. 

Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.