Followers

Sunday, September 27, 2015

Putrajaya boleh tafsir ‘sabotaj’ ikut caranya, kata Dr Mahathir OLEH JENNIFER GOMEZ



 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih cuba memahami Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, terutamanya berhubung kesalahan mensabotaj.

Diminta mengulas mengenai penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, Dr Mahathir berkata tidak ada definisi khusus mengenai sabotaj dinyatakan dalam akta itu, membuatkannya terbuka kepada tafsiran kerajaan.

"Ia menyebut sesuatu tentang sabotaj, tetapi tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengannya, jadi kalau anda pijak atas gambar pun, ia boleh dianggap sabotaj.

"Jadi, apa saja boleh disifatkan sebagai sabotaj, bergantung kepada kerajaan.

"Dan kalau kerajaan kata apa yang anda buat ialah sabotaj, maka sabotajlah ia; kalau anda didapati bersalah, anda akan dihukum penjara seumur hidup," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Melaka hari ini. – 26 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.