Followers

Monday, September 28, 2015

Keluarga mahu pakar bedah ortopedik diberi akses rawat Anwar


Keluarga mahu pakar bedah ortopedik diberi akses rawat AnwarSelepas menuntut pengguguran Datuk Dr S Jeyaindran sebagai ketua panel merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya hari ini mengulangi tuntutan sama dan turut meminta pakar bedah ortopedik diberikan akses untuk merawat Anwar.

Dalam satu kenyataan, peguamnya Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Latheefa Koya berkata, keluarga Anwar mengecam tindakan kerajaan melewat-lewatkan rawatan bekas ketua pembangkang itu.

"Oleh itu, kami bagi pihak keluarga Anwar, menuntut Dr Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel pakar perubatan Anwar dan sebagai pakar perubatan beliau.


"Dan, Anwar dimasukkan ke wad dengan segera dan dibenarkan berunding dengan pakar bedah ortopedik pilihannya serta pembedahan dijalankan segera," kata mereka.

Merujuk kenyataan ketua pengarah Kementerian Kesihatan sebelum ini yang kononnya terdapat pakar yang memberi rawatan kepada ketua umum PKR itu, mereka mendakwa ia tidak benar.

"Ketua pengarah mendakwa mereka sekarang benarkan seorang konsultan ortopedik pilihan keluarga Anwar untuk memberi pandangan kedua.

"Bagaimanapun, permohonan ini sudah lama dibuat dan tidak pernah dipenuhi setakat ini. Kenapa ia dilengah-lengahkan?," soal mereka. –TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.