Followers

Monday, September 28, 2015

PKR sedia sertai Himpunan Hijau


PKR sedia sertai Himpunan HijauKOTA BHARU - PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

“Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya,” katanya semalam.

Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung dalam suasana aman dan penuh disiplin.

“Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan provokasi,” katanya.-SH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.