Followers

Wednesday, September 23, 2015

Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polis OLEH DIYANA IBRAHIM




Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4.


Masih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.‎

Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut.

"Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod.

"Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyoal siasat Dr Mahathir berhubung kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan berunsur fitnah.

Katanya, keterangan Dr Mahathir akan direkodkan kerana memfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun Khalid menafikan kenyataan “menangkap” Dr Mahathir, sebaliknya menyatakan polis hanya akan merakam keterangan pemimpin tersebut.

Ditanya sekali lagi sama ada wujud keperluan untuk memanggil Dr Mahathir, Rashid menegaskan belum ada setakat ini.

“Jika ada keperluan, sudah tentu. Kami akan mengambil tindakan yang perlu.

“Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, semua kes berkaitan perhimpunan sama ada Bersih atau Baju Merah, kami beri keutamaan dalam penyiasatan. Jadi, ia melibatkan masa." – 23 September, 2015.
 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polis

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.
Masih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.‎ Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut.
"Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod.

"Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyoal siasat Dr Mahathir berhubung kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan berunsur fitnah.
Katanya, keterangan Dr Mahathir akan direkodkan kerana memfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun Khalid menafikan kenyataan “menangkap” Dr Mahathir, sebaliknya menyatakan polis hanya akan merakam keterangan pemimpin tersebut.
Ditanya sekali lagi sama ada wujud keperluan untuk memanggil Dr Mahathir, Rashid menegaskan belum ada setakat ini.
“Jika ada keperluan, sudah tentu. Kami akan mengambil tindakan yang perlu.
“Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, semua kes berkaitan perhimpunan sama ada Bersih atau Baju Merah, kami beri keutamaan dalam penyiasatan. Jadi, ia melibatkan masa." – 23 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belum-ada-keperluan-panggil-dr-mahathir-kata-polis#sthash.9yp8mciV.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.