Followers

Wednesday, September 23, 2015

Putrajaya rayu keputusan mahkamah batalkan penggantungan The Edge OLEH V ANBALAGAN DAN DEBORAH LOH


Zar Ali's photo.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai. 

Putrajaya sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke atas penggantungan 2 akhbar The Edge, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tindakan ini dibuat 2 hari selepas mahkamah pada Isnin membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan mulai 27 Julai. 

Apandi dalam satu mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insider berkata “Ya”, apabila diminta mengesahkan sama ada Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan mahkamah dan juga memfailkan supaya arahan tersebut dikekalkan.

Notis rayuan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, tetapi tiada tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran. 

The Edge Financial Daily sudah menerbitkan semula akhbar secara serta-merta selepas keputusan mahkamah, mengeluarkan isu pertamanya sejak penggantungannya semalam dan hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad pada Isnin membenarkan semakan penghakiman kumpulan media tersebut, kali pertama di Malaysia di mana penerbit media mengambil tindakan undang-undang terhadap arahan daripada KDN.

Asmabi berkata menteri tidak mengikut “keadilan prosedur kerana beliau tidak memberikan butir-butir penggantungan”, dan melanggar Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kedua-dua penerbitan digantung kerana liputan kritikalnya berhubung firma pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Namun Asmabi berkata KDN membuat “dakwaan am” tanpa menyatakan artikel yang didakwa sebagai “terbitan tidak disenangi”.

Beliau berkata penerbit diletakkan dalam “keadaan yang sukar” kerana ia menerbitkan 300 artikel sejak 2009 tentang 1MDB dan tidak dapat memberikan respons yang spesifik terhadap dakwaan am dalam surat tunjuk sebab. 

Asmabi berkata menteri juga gagal memberi respons kepada permintaan penerbit untuk menyatakan artikel yang dimaksudkan. – 23 September, 2015. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.