Tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais di depan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini
Tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais di depan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Enam lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas kesalahan membunuh manakala seorang doktor tentera dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais, awal bulan ini.
Tertuduh, G Govindan, 47; S Nimalan, 22; S Subramaniam, 44; A Thinesh Kumar, 22; M Vishwanath, 44, dan R Dinishwaran, 22, didakwa membunuh Morais antara jam 7 pagi dan 8 malam di Jalan Dutamas Raya di Sentul dan Jalan USJ 1/6D di Subang Jaya pada 4 September.
Sementara itu, pakar patologi Dr R Kunasegaran didakwa kerana bersubahat.
Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Semua 7 suspek berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Hakim mahkamah rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes jenayah yang membawa hukuman bunuh.
Timbalan pendakwaraya Datuk Abdul Razak Musa berkata kepada mahkamah, polis masih menunggu hasil laporan ujian kimia dan bedah siasat.
Kesemua mereka direman sehingga perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi selepas ini.
Siti Radziah kemudiannya menetapkan kes itu untuk sebutan pada 30 November.
Turut hadir adalah timbalan pendakwaraya Manoj Kurup, yang merupakan pegawai atasan Morais, dan Dusuki Mokhtar.
Datuk N Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunasegaran manakala M Manoharan mewakili Dinishwaran.
Mereka yang lain tidak diwakili peguam.
Mayat Morais ditemui dalam tong yang diisi simen pada 16 September di Subang Jaya. – 28 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.