Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucaptama di seminar pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucaptama di seminar pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur, hari ini.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat mengenai pembentukan pakatan pembangkang baharu, minggu lalu.
Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas melancarkan forum pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur hari ini berkata, pejabatnya masih belum menerima surat berkenaan, walaupun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa surat berkenaan sudah dihantar.
“Ada cuti Hari Raya Haji dan pejabat GMM juga tutup pada Jumaat. Tetapi setakat ini, saya belum terima.
“Mungkin ia masih dalam perjalanan,” katanya.
Saifuddin, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata beliau akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya selepas menerima surat berkenaan.
Tengku Adnan sebelum ini berkata Saifuddin “mencemar” nama Umno dengan menghadiri meja bulat itu walaupun beliau adalah ahli Umno.
Saifuddin bagaimanapun berkata beliau menghadiri forum itu atas kapasiti sebagai NGO dan ahli masyarakat sivil.
Ahli lama dalam Umno itu pernah menjadi timbalan menteri pendidikan tinggi, ahli Majlis Tertinggi dan ahli Parlimen Temerloh.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013, beliau gagal mempertahankan kerusinya di Temerloh dan kalah dalam pemilihan parti, menyebabkan beliau kini hanya ahli biasa.
Dianggap sebagai salah seorang ahli Umno yang progresif, Saifuddin lantang bercakap dan mengkritik dasar kerajaan.
Bagaimanapun, beliau berkata enggan meninggalkan Umno. – 28
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.