Followers

Monday, September 28, 2015

Wan Azizah bosan dengan masalah DAP, PAS, lapor akhbar


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelbagai konflik dalaman antara parti akan menjejaskan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelbagai konflik dalaman antara parti akan menjejaskan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui kini bosan dengan masalah berterusan yang melanda parti pembangkang, terutamanya DAP dan PAS, menurut Utusan Malaysia hari ini.

Presiden PKR itu dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan konflik dalaman antara parti pembangkang akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Macam-macam yang timbul dan kadangkala saya rasa seperti mahu mengalah, tetapi apabila fikirkan perjuangan selama 16 tahun, saya teruskan juga," ketua pembangkang itu dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Katanya, antara konflik dalaman yang dihadapi pembangkang ialah perpecahan Pakatan Rakyat (PR) di mana PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang tersebut dan kini tempat parti Islam itu diambil alih Parti Amanah Negara, selain beberapa masalah yang melanda DAP.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah juga mengingatkan semula bagaimana kerjasama dalam PR sebelum ini berjaya mengubah persepsi penyokong parti terhadap PAS dan DAP.

Katanya, pengundi Cina dahulu mengganggap PAS sebagai ala-Taliban manakala DAP dilihat sebagai komunis oleh ahli PAS.

Bagaimanapun, katanya persepsi tersebut berubah apabila bermulanya kerjasama antara DAP, PAS dan PKR sehingga mewujudkan Pakatan Rakyat. – 28 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.