Mahathir Dedah Rahsia Najib Lagi. Gabenor Bank Negara Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz mungkin akan menjadi mangsa seterusnya selepas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh
Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri paling lama tersebut berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.
"Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu
biasanya mempunyai kebenaran," katanya pada sidang media selepas dialog
di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sumber
khabar angin tersebut. Zeti antara individu di peringkat tertinggi yang
menganggotai pasukan petugas khas menyiasat skandal syarikat sarat
hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir Dedah Rahsia Najib Lagi.
Namun kebelakangan ini, Zeti menjadi perhatian umum apabila Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal
siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam
Negara bagi memberi keterangan dalam siasatan maklumat bocor 1MDB.
Khalid tidak menolak kemungkinan memanggil Zeti dan orang nombor dua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
BNM sebelum ini juga menafikan dakwaan membocorkan maklumat transaksi tersebut.
Blogger pro Umno sebelum ini turut menamakan Zeti dan Shukri sebagai
individu yang berpotensi terlibat dalam konspirasi menggulingkan
kepimpinan perdana menteri dalam kerajaan.
Kontroversi terkini membabitkan SPRM apabila pihak polis membuat serbuan
ke atas beberapa pegawai penyiasat agensi pencegah rasuah tersebut,
malah dua pegawai atasannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.