Followers

Tuesday, August 11, 2015

Jom Bincang, Benarkah Ustaz Hadi 'Selesa' Dengan UMNO? Posted by Ibnu Hasyim



Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar.

 
Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.
Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.
Begitu lapor Malaysiakini sebentar tadi.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Keputusan untuk membentuk kumpulan baru itu dibuat selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, selepas PAS di muktamarnya yang ke-61, meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP kerana memutuskan hubungan dengan Hadi.

Bagaimanapun, Mat Sabu menolak sebarang tanggapan bahawa pemimpin GHB mahu mencari cara mudah selepas kekalahan mereka dalam pemilihan PAS Jun lalu, yang didominasi oleh sayap ulama.

Mari kita bincang adakah benar 
Ustaz Abdul Hadi 'selesa' dengan UMNO? Apakah buktinya. Selesa macam mana? DAP pernah menuduh PAS akan berkerjasama dengan UMNO lepas muktamar. Tuduhan itu berlaku sejak belum muktamar lagi, tetapi hingga kini, tak ada apa-apa. Sila kemukakan fakta. Buktikan Abdul Hadi nak join atau bersama UMNO.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain juga pernah berunding dengan UMNO/BN termasuk PKR dan DAP. Mengapa tidak dikatakan mereka 'selesa' dengan UMNO/BN? (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.