Followers

Tuesday, August 11, 2015

Kena banyak reda, Wan Azizah beritahu isteri Muhyiddin OLEH KC NAZARI



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri

Pernah menjadi isteri timbalan perdana menteri yang dipecat daripada jawatannya 17 tahun dahulu dan kini,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini memegang jawatan ketua pembangkang yang pernah disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya  digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Saya Alhamdulillah, dalam banyak-banyak hal, saya banyak reda.

"Saya boleh tidur sebab saya selalunya (jenis) OK punya," katanya selepas melancarkan buku "Reformasi: Perjuangan Diteruskan" di Puchong malam ini.

Menurut Dr Wan Azizah, beliau bersimpati dengan Norainee yang pernah bersamanya dalam pertubuhan kebajikan isteri menteri dan timbalan menteri, Badan Kebajikan dan Amal Tenaga Isteri-isteri (Bakti).

Namun kata Dr Wan Azizah, Norainee lebih beruntung kerana Muhyiddin hanya dipecat dan tidak dikenakan sebarang tuduhan terhadapnya seperti Anwar.

"Sebagai sahabat dia dahulu kami dalam Bakti bersama-sama tentunya saya bersimpati. Dia (Muhyiddin) melalui detik-detik itu (pemecatan) tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu didakwa," kata Dr Wan Azizah.

Beliau sebelum itu melancarkan buku 'Reformasi: Perjuangan Diteruskan' sempena hari lahir Anwar yang ke-68 pada hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.