Followers

Tuesday, August 11, 2015

Mungkinkah Zahid juga akan melopong?


Dr M: Tak semestinya Zahid ganti Najib.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Umno yang boleh menentukan pengganti Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri itu terpaksa berundur dari jawatan tersebut kelak.

Katanya, tidak semestinya jawatan itu secara automatik akan diisi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walau menteri dalam negeri itu kini dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri.

Tegasnya, jawatan timbalan presiden Umno masih lagi diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurutnya tidak melakukan apa-apa kesalahan. “

Itu untuk Umno putuskan, bukan Zahid Hamidi sahaja putuskan atau Najib.

Sebab, Umno ada timbalan presiden yang dipilih.

Zahid Hamidi bukan timbalan presiden yang dipilih,” katanya kepada pemberita petang ini.




Menurutnya, keadaan pada masa ini berbeza dengan keadaan pada 1998 apabila beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan juga daripada jawatan parti.

“Dulu, macam Anwar, kita tahu sebab dia dipecat.

Ini, saya tak nampak yang Tan Sri Muhyiddin buat salah.

"Dia nak minta terangkan sahaja, takkanlah tidak boleh tegur (Najib),” katanya lagi.

Secara lazimnya, jawatan timbalan perdana menteri akan diisi oleh timbalan presiden Umno, selaku parti paling dominan dalam BN.

Seterusnya, Mahathir berkata, anggota Umno sendiri tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib tetapi perdana menteri itu enggan berundur.

"Sekarang ini saya dengar cakap orang Umno sendiri, mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta (perdana menteri) berundur tetapi dia tidak mahu.

"Malah Najib bagi duit kepada semua orang sebab tak mahu berundur. Itu salah," katanya.


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.