Followers

Sunday, July 26, 2015

Pengasas Sarawak Report mungkin akan diektradisi Faiz Zainudin

 
zahid-claire

Sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memohon perintah ekstradisi terhadap terhadap pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown daripada kerajaan Britain.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia akan diuruskan melalui Wisma Putra.

Bagaimanapun sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM.
“Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Zahid membayangkan usaha itu bukan mudah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara berkenaan.

“Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap portal Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk didakwa memalsukan dokumen yang membawa kepada banyak pendedahan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.