Followers

Sunday, July 26, 2015

Kerajaan cuba tadbir negara ala kuku besi-Wan Azizah FMT Reporters

 
wan_azizah

Kerajaan cuba sekat media kerana takut dengan pendedahan

PETALING JAYA: Kerajaan dikatakan sedang menyekat hak kebebasan rakyat untuk bersuara dengan mentadbir negara ala kuku besi.

Dakwaan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kecewa dengan penggantungan akhbar The Edge.

Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja menunjukkan kerajaan takut kepada kebenaran malah kepada rakyat yang mempersoalkan kewibawaannya.

Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan tindakan itu telah menghalang media daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat.

Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat,” kata Presiden Pakatan Rakyat (PKR) itu.

Jelasnya, sebagaimana orang lain, menjadi rutin beliau membaca akhbar berkenaan.

“Namun hari ini, saya, seperti juga ribuan ahli-ahli perniagaan malah rakyat Malaysia amnya, tidak dapat menjalani rutin ini lagi,” luah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.