Followers

Sunday, July 26, 2015

ZAM: How to make sure you are not a BLOODY FOOL when you are powerful Oleh Zainuddin Maidin

 
ZAM: How to make sure you are not a BLOODY FOOL when you are powerfulAlat jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan keadaan ekonomi yang sihat( rosy picture of economy) walaupun wabak sebenarnya telah dirasakan oleh rakyat dari atas ke bawah.

Gambaran ini diberikan oleh Bank Negara dengan simpanan luar negara yang kukuh selain dari berita-berita kemungkinan penanaman modal asing,keuntungan syarikat- syarikat, projek-projek baru,kenaikan ringgit ( walaupun tidak stabil) ) dan berbagai lagi. Peranan memberikan rosy picture of economy ini dijalankan oleh agensi berita kerajaan Bernama.

Perdana Menteri dan juga lain-lain jentera ekonomi negara yang pastinya tahu keadaan sebenar mestilah berterus terang kepada rakyat supaya mereka dapat menyesoikan diri dengan keadaan dan tidak terlalu marah dalam menghadapi realiti sebenar.

Ini pernah dilakukan oleh Singapura apabila menghadapi ancaman ekonomi suatu masa dahulu dan rakyat menurut nasihat kerajaan tentang apa yang mereka harus lakukan untuk membina ketahanan ekonomi negara.

Sebagai rakyat bawahan saya dengan ikhlas ingin memberikan feedback tanda-tanda ancaman ekonomi yang sedang berlaku sekarang yang tidak mewajarkan lagi bagi Perdana Mengteri untuk berada dalam keadaan Denail Sydrom atau kata orang kedah " Buat Dak". 

Saya harap feedback ini tidak dianggap sebagai fitnah dan Najib tidak seharusnya lagi percaya kepada feedback ekonomi yang bersifat politik atau membuat kenyataan ekonomi berunsur politik.

Dalam politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib boleh berpegang kepada kata kata hikmah Allah Yarham Azman Atar Tokoh Lawak Politik UMNO bahawa " If your are in power make sure you are powerful otherwise your are bloody fool " tetapi kata-kata ini hanya terpakai untuk politik tetapi tidak untuk ekonomi. 

Orang-orang UMNO tidak boleh membantu Najib memperkasakan kedudukannya dalam ekonomi negara.

Apa yang saya kemukakan ini adalah bunga-bunga keruntuhan ekonomi yang membimbangkan. 

Mungkin dianggap fitnah dari saya tetapi kerajaan yang ikhlas yang mempunyai segala jentera berkeredibiliti boleh membuat kajian dan siasatan untuk mencari kebenaran.

Antara faktor yang saya temui sendiri ialah:

1- Program berbuka puasa di hotel-hotel besar dan sederhana tahun ini di seluruh negara anjuran kooporat atau syarikat perniagaan berkurangan. Pasar-pasar Ramadan juga tidak semeriah tahun lalu.

2- Penjualan berbagai pengeluaran hasil kering laut yang popular di Tanjung Dawai Merbuk Kedah telah jatuh dengan teruknya. Penjualan tak sampai 50% dari jualan cuti Hari Raya tahun lalu.( Saya dimaklumkan oleh beberapa peniaga yang saya kunjungi setiap tahun)

3- Banyak kereta baru yang dirampas kerana kegagalan bayaran ansuran dan kereta-kereta ini sukar pula dapat dijual semula. Sila tanya dengan polis tentang pekara ini kerana laporan polis dibuat oleh" penarik kereta."

5- Kutipan zakat tahun ini telah merudum dibandingkan dengan tahun lalu kerana ramai orang Islam yang hilang pekerjaan dan kekurangan hasil perniagaan.

6- Maruah Ringgit Malaysia jatuh. Biasanya peniaga-peniaga di Mekah dan Madinah terus menerima ringgit Malaysia tetapi ramai jemaah yang menunaikan umrah di bulan Ramadan telah diiminta menukarkan ringgit ke Saudi Rial lebih dahulu dan demikian juga di Thailand diminta tukarkan ke Bath lebih dahulu.

7- Ramai orang berebut-rebut mencari Singapore Dollar sehingga sukar untuk dapat dibeli di pasaran kerana mejangka ringgit Malaysia akan jatuh lagi dan mereka akan dapat membuat keuntungan.

8- GST tidak dapat di kawal dengan berkesan. Semalam saya minum teh tarik segelas RM1.80 di sebuah kedai mamak di Presint Deplomat Putrajaya berbanding dengan kedai lain ditempat yang sama.

9- Penerbut-penerbit terpaksa memberhentikan pengeluaran majallah kerana GST( Sila siasat masalah yang dihadapi oleh Utusan , Berita Publishing, Karangkraft dll) 

-http://zamkata.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.