Followers

Friday, July 24, 2015

LZS minta Kerajaan Selangor hantar laporan agihan zakat RM5 juta Khairil Ashraf

 
selangor_ringgit_zakat_600

Menurut prosedur, GLC perlu memaklumkan kepada LZS kepada siapa zakat diagihkan dan jumlah bagi setiap penerima.

PETALING JAYA : Kerajaan Selangor atau anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) perlu menghantar laporan penuh kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung agihan zakat berjumlah RM5 juta yang telah diagihkan.

Pengurus Pengurusan Perhubungan Pengeluaran LZS, Shamshuri Ashaari berkata, pihaknya perlu meneliti statistik penerima dan jumlah yang diterima.

Katanya, walaupun GLC dibenarkan mengagihkan zakat dengan cara sendiri tetapi LZS masih perlu memantau agihannya.

“Kita masih pantau lagi ke mana duit itu diagihkan. Kita nak tengok juga statistik nanti seperti berapa mereka beri kepada fakir miskin.

“Kita akan minta laporan dari mereka ke mana mereka agihkan duit zakat tersebut. Bukanlah kami lepas begitu sahaja kepada GLC,” katanya kepada FMT.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Selangor menerusi DEIG yang mengagihkan bantuan zakat RM5 juta tanpa melalui LZS dan kerajaan negeri yang terlibat.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bantuan zakat itu disalurkan menerusi ketua-ketua cabang PKR sekaligus menimbulkan kebimbangan jika wang itu diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Shamshuri berkata, LZS membenarkan GLC mengagihkan 3/8 bahagian daripada keseluruhan kutipan zakat kepada lima asnaf (penerima) yang telah disenaraikan.

“Jika ikut prosedur kami, GLC perlu beritahu kami kemana mahu diagihkan zakat itu. Tetapi dari segi pengagihan, GLC boleh agihkan sendiri.

“Sebagai contoh, jika DEIG keluarkan zakat, dia ambil duit agihan semula itu, dia boleh agihkan sendiri sama ada di dalam Selangor atau di luar Selangor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.