Followers

Friday, July 24, 2015

Utusan gagal batal saman Adnan Yaakob ? - FMT Reporters

 
Adnan-Yaakob_utusan_law_600

Menteri Besar Pahang menyaman Utusan Malaysia kerana menerbitkan artikel 'Hebat sangatkah Adnan' yang disiarkan November lalu.

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung artikel “Hebat Sangatkah Adnan’ yang disiarkan akhbar itu pada November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan itu dengan kos RM3,000 di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Americk Sidhu mewakili Adnan dan peguam Azhar Arman Ali dan M.Reza Hassan mewakili Utusan Malaysia, lapor Bernama.

M.Reza berkata, permohonan Utusan Malaysia untuk membatalkan saman itu ditolak selepas mahkamah tidak bersetuju dengan hujah peguam bahawa Adnan tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk menyaman Utusan Malaysia kerana beliau dikritik atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

M.Reza berkata, mahkamah turut membenarkan permohonan Utusan Malaysia untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan Isnin ini, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 5 Dis 2014, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar

Mingguan Malaysia, di dalan ruangan ‘Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat’.


Adnan mendakwa, artikel tersebut membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian dalam kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.