Pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan watak utama dan saksi yang berada di luar negara.
Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol untuk menahan beberapa ‘watak utama’ atau saksi yang berada di luar negara.
“Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur.
“Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas.” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan mengenai kehilangan berbilion ringgit yang telah menyebabkan ekonomi terjejas dan rakyat terbeban.
“Mereka perlu berasa malu dalam kalangan masyarakat antarabangsa, nilai mata wang ringgit merudum dan keyakinan pelabur tergugat.
“Ini mendatangkan kesan kepada kesihatan kewangan setiap rakyat Malaysia,” tambah Anwar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.