Followers

Monday, June 15, 2015

Tun M melanggar prinsip hak asasi manusia – Rais Yatim

 
rais-yatim-mahathir

Tun M sepatutnya menunggu keputusan siasatan 1MDB sebelum menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib.

PETALING JAYA: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah sebelum keputusan siasatan 1MDB selesai adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbuatan bekas Perdana Menteri itu mengetepikan Rule of Law dan tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan.

“Perbuatan penghakimkan seseorang di khalayak bahawa beliau (Najib) sudah bersalah justeru diputuskan supaya meletak jawatan adalah bercanggah dengan prinsip bicara dahulu kemudian bertindak.

“Apakah negarawan seperti Tun M tidak boleh menunggu keputusan siasatan itu,” tulisnya di ruangan rencana dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin.

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau sedar tulisannya itu akan menyebabkan dirinya dihina dengan pelbagai cara, namun beliau sanggup menerimanya demi menyatukan Melayu dalam politik negara.

Beliau membuka lipatan sejarah bagaimana dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah meletak jawatan kerana Dr Mahathir.

Rais berkata, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj terpaksa meletak jawatan selepas surat terbuka Dr Mahathir mengenai pentadbirannya tersebar luas pada 1970.

“Benar Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan susulan pukulan teruk yang dibagi oleh Dr Mahathir. Kini pukulan itu mengena pada Najib pula tetapi kali ini Najib lebih teruk menerima hentaman beliau,” katanya.

Rais berkata, kenapa Dr Mahathir tidak berterus menempelak Najib di kamar khas dengan disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden.

“ (Mereka) boleh berdebat habis-habisan. Selesai itu, boleh beri berjabat tangan dan beri nasihat sebagai seorang bapa kepada anaknya.

“Menghukum seseorang sebagai bersalah tanpa proses keadilan amat menyimpang dan salah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.