Followers

Monday, June 15, 2015

Polis akan siasat Nazri...Dakwa Pengkhianat ini KPN Agar Seluruh PDRM Tidak Di Caci Rakyat suarakami

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis akan menyiasat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memberi amaran kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Khalid berkata laporan polis sudah dibuat ke atas Nazri dan beliau disiasat kerana memberi amaran kepada Tunku Ismail agar menjauhi politik.
 
"Ya, kami akan menyiasat di bawah Akta Hasutan," kata Khalid. Beliau berkata polis juga akan mengambil kenyataan Nazri tidak lama lagi.
 
Nazri pada Sabtu memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
 
“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) beliau,” menurut The Star Online.
 
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook “Johor Southern Tigers” membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.
 
Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan oleh polis atas faktor keselamatan.
 
Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata: “Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul.”‎
 
Tulisan Tunku Ismail juga mengatakan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab tidak patut menyalahkan rakyat kerana kehilangan kepercayaan umum.
 
“Mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab, jangan salahkan rakyat kerana hilang kepercayaan denganmu, tetapi fikirkan mengapa mereka tidak percayakan kamu lagi.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.