Followers

Monday, June 15, 2015

Ugut TMJ - Nazri Disiasat Polis? & Masej TMJ Untuk Rakyat Malaysia

KDN: TMJ vs Nazri urusan polis ke?



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai siasatan polis terhadap Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebaliknya, Naib Presiden Umno itu cuma menjawab ringkas ketika soalan diajukan kepadanya.

"Itu (urusan) polis ke? Bukan (urusan polis) kan? Saya ada program lain pukul lima,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Zahid berkata, isu mengenai Nazri (gambar) tidak ada kena mengena dengannya.

Sejurus soalan itu diajukan beliau terus bangkit dari kerusi dan memberitahu perlu beredar untuk menghadiri acara lain.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia memaklumkan akan menyiasat Nazri mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mengikut akta itu, seseorang boleh disiasat jika didapati melakukan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, penjara atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan pihaknya akan merekodkan keterangan Nazri tidak lama lagi.

Siasatan dibuat susulan kenyataan Nazri ke atas Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.