Followers

Monday, June 15, 2015

Isyarat Dari Zaid menunjukkan Rombakan Kabinet bila-bila masa.... suarakami

 

Selepas desus-desus rombakan kabinet, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota polis mendoakannya kekal lebih lama di kementerian itu.

“Doakan saya lama sedikit di Kementerian Dalam Negeri ini.

“Saya tahulah nak buat apa,” kata Zahid dalam ucapannya di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang ini.

Zahid berkata demikian selepas mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi membaiki kemudahan asas di balai polis yang rosak, seperti lif dan tandas.

Dalam ucapannya beliau berkata terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan kunjungannya mendapati terdapat lif yang rosak dan “lumut lebih banyak daripada cat” di situ.

Sebelum ini, terdapat desas desus mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan kabinet sejurus selepas beberapa menteri kelihatan mempertikaikan isu  1MDB.

Zahid juga sebelum ini menyeru menteri yang tidak bersetuju dengan perdana menteri agar meletakkan jawatan dengan terhormat.

Dua menteri kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini menafikan bahawa terdapat rombakan kabinet akan dibuat.

Sementara itu, Zahid dalam ucapannya hari itu turut meluahkan kekecewaan terhadap masyarakat yang memberi tanggapan negatif kepada anggota polis walaupun kadar jenayah berkurangan.

“Masalah yang timbul adalah persepsi daripada masyarakat terhadap kita (polis) apabila kadar jenayah menurun tetapi persepsi yang baik terhadap kita tidak pernah meningkat,” katanya.

Bagaimanapun Zahid berkata, selagi beliau masih menyandang jawatan itu, beliau akan tetap bersama dengan anggota polis yang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.