Followers

Friday, June 12, 2015

Tun M desak ASEAN pecat Myanmar Faiz Zainudin

 
mahathir,asean

Tindakan tegas itu perlu kerana kerajaan Myanmar enggan menyelesaikan isu itu sehingga menyusahkan negara-negara ASEAN lain.


KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil untuk memecat Myanmar jika kerajaan negara itu gagal menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia perlu dibuat berikutan keengganannya menyelesaikan isu berkenaan sehingga menyusahkan negara-negara anggota lain.

Katanya, penindasan terhadap etnik Rohingya merupakan jenayah kejam yang tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

“Kita perlu ambil tindakan terhadap Myanmar kerana hal ehwal dalamannya kini menjadi urusan antara bangsa. Orang ini lari dari Myanmar dan melibatkan negara lain.

“Membunuh dan melakukan penindasan terhadap kumpulan etnik Rohingya adalah sesuatu yang sama sekali kita tidak boleh terima termasuk oleh badan-badan kemanusiaan di seluruh dunia.

“ASEAN mesti memberitahu Myanmar untuk berhenti membunuh dan melakukan penindasan atau jika tidak, lebih baik tinggalkan ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.

Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF berkata, kemelut itu bukan lagi urusan dalaman Myanmar semata-mata kerana pelarian itu kini tiba di negara lain bagi menyelamatkan diri.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dan negara anggota serta dunia membuang sikap enggan campur tangan dalam isu ini kerana menganggap isu ini melibatkan politik dalaman Myanmar.

“Kita perlu campur tangan. Rohingya perlu dipertahankan dari luar jika dari dalam negara sendiri mereka gagal dipertahankan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.