Followers

Friday, June 12, 2015

Pendirian pemimpin UMNO macam kepala kura-kura FMT Reporters

 
 
 
mahathir,kura2

Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Najib


PETALING JAYA: Pemimpin UMNO atau bekas menteri tidak berani menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

“Ramai yang masih bertindak seperti kepala kura-kura, sekejap muncul, sekejap tenggelam.

“Dua pemimpin kanan UMNO, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pun kelihatan masih dalam zon berhati-hati walaupun mereka diketahui agak kritikan terhadap Najib dalam isu 1MDB,” dakwa bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Katanya, senario yang berlaku menyebabkan Dr Mahathir sendirian terutama selepas beliau menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri pada Ogos 2014 lalu.

Sejak tarikh itu, bekas Perdana Menteri Keempat itu telah melancarkan banyak serangan terhadap kerajaan.

Menurut Shahbudin, kelemahan sebagai pemimpin, tunduk kepada negara asing, skandal 1MDB, Altantuya, karenah Rosmah dan lain-lain adalah antara peluru yang digunakannya untuk menembak Najib.

“Bagaimanapun, baik ketika memulakan serangan sehinggalah kini sudah memasuki fasa di mana Najib nampaknya semakin agresif, bukan saja menjawab, membalas kritikan malah juga mengulangi pendirian tidak sesekali akan berundur, Tun Mahathir hanyalah bersendirian melakukan tugas ini,” jelasnya.

Jika dinisbah kepada faktor fizikal, usia tidak menghalang Dr Mahathir meneruskan misinya menjatuhkan Najib sekaligus menyelematkan negara ini.

Namun, hakikat itu perlu diambil kira kerana semakin lanjut usia, semakin kurang stamina seseorang.
“Jika kemelut ini berpanjangan setahun dua lagi, tidak kesiankah dengan stamina Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 90 tahun itu?,” tulisnya di shahbudin.blogspot.com

Bagaimanapun Tun Mahathir memang diketahui seorang yang keras hati dan tidak pernah mengalah dengan apa yang sudah dimulakannya.


“Sesetengah yang rapat dengannya mengatakan, bekas Perdana Menteri itu seperti mendapat “nyawa baru” bila sedang berkelahi,” tulisnya di blog berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.