Followers

Friday, June 12, 2015

Puncak Niaga mahu batalkan perjanjian air FMT Reporters

 
puncak niaga,selangor

Kelewatan kerajaan Selangor menyelesaikan perjanjian dengan Persekutuan telah menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.


PETALING JAYA: Penyusunan semula industri air di Selangor yang telah berlanjutan selama lapan tahun mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Isu itu berlanjutan terlalu lama menyebabkan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang memiliki Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS) berhasrat membatalkan perjanjian dengan syarikat milik kerajaan Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tarikh tamat terkini menjadi Lanjutan Masa Kelima perjanjian jual beli (SPA) pada Khamis, 11 Jun 2015.

“PNHB berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian SPA,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Rozali berkata, PNHB tiada pilihan lain selain menggunakan hak undang-undang untuk membatalkan SPA dengan Air Selangor.

Katanya, Puncak Niaga dan SYABAS akan memulakan semula tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula air.

Rozali berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh kerajaan Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac 2015.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memulakan proses pengambilalihan empat konsesi air untuk mengembalikan hak air kepada rakyat negeri itu dengan jaminan tarif air lebih rendah dan perkhidmatan yang lebih cekap.

Ia membabitkan empat konsesi air iatu, Konsortium Air ABBAS Sdn Bhd , Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH), Puncak Niaga dan SYABAS.

Hanya SPLAH tidak setuju dengan tawaran kerajaan Selangor mengambil alih manakala tiga yang lain telah bersetuju dengan tawaran keseluruhan RM9.65 bilion.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.