Followers

Saturday, June 13, 2015

Najib orang pertama perlu letak jawatan, selamatkan negara- Tun M FMT Reporters

 
najib-mahathir

Tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh anarki.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak individu pertama yang perlu meletak jawatan sekiranya rombakan Kabinet dilakukan.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya akan datang jika Najib terus berkuasa.

“Perlu rombakan Kabinet dengan orang pertama yang perlu dikeluarkan adalah Najib.

“Saya rasa dia perlu meletak jawatan kerana selagi dia jadi Perdana Menteri BN akan kalah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.

Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak akan berhenti mengkritik serta akan terus memberi tekanan sehingga Najib berundur daripada terus mentadbir negara.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi menyelamatkan UMNO dan BN daripada tersungkur ke tangan pembangkang.

“BN akan kalah dan pembangkang tidak boleh mentadbir kerana mereka pun berbalah sesama sendiri. Akhirnya negara akan jadi anarki dan semua rakyat Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan akan sengsara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.