Followers

Saturday, June 13, 2015

Adik Najib persoal 1MDB belum mulakan audit - FMT Reporters

 
nazir razak 1MDB

Nazir Tun Razak mengkritik 1MDB menggunakan akaun Instagram yang dimuat naik jam 10 malam Khamis.


PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak terus mengkritik 1MDB menggunakan laman sosial Instagram.

Pengerusi CIMB Holdings Bhd mempersoalkan pentadbiran syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) kerana masih belum memulakan audit bagi Mac 2015.

“Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan? Bagaimanakah hal ini dibenarkan? 

Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?” tulisnya yang turut memuat naik gambar audit 1MDB.

Beliau memuat naik status itu kira-kira jam 10 malam pada Khamis dan mendapat perhatian pengguna lain yang memberi pelbagai komen dan reaksi.

Nazir, diketahui antara yang lantang mengkritik 1MDB walaupun abangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan tulang belakang kepada penubuhan syarikat itu.

Beliau sebelum ini pernah mengkritik Presiden 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Sharul Ibrahim Halmi kerana tidak hadir sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akaun-akaun 1MDB dilaporkan belum diaudit walaupun syarikat itu dilanda pelbagai kontroversi terutama pinjaman RM42 bilion yang menjadi senjata serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.