Followers

Friday, June 12, 2015

Nasihat Rahman Dahlan untuk Tun M FMT Reporters

 
Zack Ahmad's photo.

Debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO.

rahman,mahathir,najib

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap kemelut antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang pernah dialui Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Dalam satu kenyataan media, beliau yang juga Menteri Kesejahteraann Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, ketika itu Tun Dr. Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga memberi kesan buruk kepada BN dalam pilihan raya umum.

“Apa-apa perbezaan antara ahli-ahli parti atau kepimpinan tertinggi dalam UMNO perlu diselesaikan dalam semangat kekeluargaan tanpa perlu dibawa kepada awam kerana ia hanya akan membawa kepada tuduhan dan fitnah,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO dalam apa jua cara sekalipun.

Katanya lagi, beliau berdiri dan menyokong pendapat Perdana Menteri serta menganggap ia tidak akan memberi kesan yang baik.

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Tun Dr. Mahathir berkaitan 1MDB, Abdul Rahman berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh mengetahui perkara itu secara mendalam tanpa perlu berkonfrontasi dan menggunakan media untuk menyindir.

Lebih teruk lagi membuat tuduhan berdasarkan dakwaan tidak berasas yang dimanipulasi dari pihak ketiga yang berkepentingan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.