Followers

Monday, June 1, 2015

Saiful tarik balik saman RM50 juta terhadap Anwar FMT Reporters

 
court

Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu menarik balik saman fitnah tersebut tetapi tidak menyatakan sebab-sebab penarikan itu. 

PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat keputusan menarik balik saman fitnah berjumlah RM50 juta yang difailkan terhadap majikannya itu.

Perkara itu dimaklumkan Pesurahjaya Kehakiman Tinggi, Azizul Azmi Adnan selepas peguam Saiful, Zamri Idrus memaklumkan tentang niat anak guamnya itu pada Isnin.

Ketika prosiding sedang berlangsung, Zambri memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu menarik balik saman fitnah tersebut.

“Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu,” kata Zambri lapor The Star Online.

Sebelum ini, Mohd Saiful dikatakan akan memberi keterangan pada 10 Ogos depan dalam samannya yang berjumlah RM50 juta terhadap Anwar berhubung insiden liwat tujuh tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.