Followers

Monday, June 1, 2015

Hishamuddin setuju letak jawatan tetapi bersyarat

 
hishammuddin-hussein1
Hishammudin memberi syarat 1MDB perlu menjalani proses rasionalisis dan mana-mana pihak yang melakukan salah laku perlu diambil tindakan secara telus.


PETALING JAYA: Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersetuju meletak jawatan daripada Menteri Kabinet.

Namun, Hishamuddin yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hanya akan meletak jawatan jika beberapa syarat dipenuhi.

Melalui Twitter, Hishammuddin menyatakan, syarat-syarat itu ialah syarikat pelaburan negara, 1MDB, mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang salah laku mesti diambil tindakan.

Katanya, proses rasionalisasi 1MDB itu juga mesti dilakukan secara telus.

Hishammuddin memberi respon terhadap gesaan Najib supaya Menteri Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Najib dikatakan membuat gesaan itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada Isnin.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan pendirian untuk tidak bersama Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.