Followers

Monday, June 1, 2015

Hanya pemimpin sampah sokong Najib – Zam FMT Reporters

Zainuddin_najib_600

Menteri Kabinet yang menyokong kepimpinan Najib adalah mereka yang sudah hilang integriti dan autoriti.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan tenggelam dalam timbunan sampah jika hanya ‘pemimpin sampah’ yang menyokong beliau.

Ini kerana, kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Menteri Kabinet yang menyokong kepimpinan Najib adalah mereka yang sudah hilang integriti dan autoriti.

Katanya,Menteri Kabinet itu juga daripada mereka yang menyeleweng dari parti asal atau dari parti yang sudah bankrap,orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi dipandang serong oleh orang UMNO sendiri.

“Maka itu eloklah dari meletak jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan maka seorang demi seorang Menteri Kabinet muncul di TV3 menyerang balas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jangan biarkan Najib kelihatan keseorangan dalam perjuangan mempertahankan diri walaupun beliau telah mendakwa di Perlis bahawa beliau tidak keseorangan,” tulisnya di blog www.zamkata.blogspot.com.

Zam berkata, tindakan Najib mencabar anggota kabinetnya meletak jawatan jika tidak bersamanya adalah sesuatu yang mustahil.

Sebaliknya, Najib sepatutnya mencabar anggota kabinetnya supaya menyerang balas kritikan Dr Mahathir di stesen televisyen milik kerajaan dan di akhbar-akhbar arus perdana.

“Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Afadal sepatutnya berbuat demikian. Dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing.


“Turut menjadi persoalan besar adalah mengapakah kenyataan Zahid yang popular dalam UMNO tidak jelas pendiriannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.