Followers

Monday, June 1, 2015

Kerana GST peniaga rela bunuh diri ??



Mafiaboss Melayu's photo.
Seorang lelaki di Johor Bahru ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri kerana berdepan masalah meyesuaikan perniagaannya dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lim Tai Choon, 68, dilaporkan mengunci dirinya dalam kedai sebelum menggantung dirinya di situ.
Laporan akhbar China Press menyatakan, Lim sering merungut kepada keluarganya kerana tidak boleh menyesuaikan diri dengan amalan GST.

Lim juga dikatakan ketakutan jika ada pegawai penguatkuasa berkaitan menyerbu kedainya sejak GST dikenakan 1 April lalu.

Kelmarin, difahamkan Lim bertemu rakannya dan meminum arak dengan banyak.

Tidak lama kemudian, keluarga Lim gagal menghubunginya sebelum mereka menemui mayat lelaki terbabit tergantung pagi semalam.

Dia memulakan perniagaan runcit sejak tujuh tahun lalu dan kelihatan murung sejak dua bulan lepas.
Dia juga dikatakan sering merungut memberitahu pelanggan, kedainya akan ditutup.

Ia adalah kejadian bunuh diri kedua dilaporkan sejak GST dimulakan.

Pada 11 Mei lalu Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai seorang peniaga yang meminum racun selepas kecewa kerana gagal melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.

Bagaimanapun peniaga di Teluk Intan itu sempat diselamatkan.

Menurut seorang kenalan Lim, lelaki terbabit mendakwa masalah kesihatan isterinya mendorong dia membunuh diri.

Bagaimanapun, Lim dikatakan tidak berdepan masalah kewangan kerana tanggungan bulanannya hanya sewa kedai sebanyak RM300.

Berdasarkan nota terakhir ditinggalkan Lim, dia meminta supaya mayatnya dibakar dan abunya dibuang di laut.

Lim meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

(Kredit to: MKini)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.