Followers

Friday, June 19, 2015

Anifah Aman bidas surat terbuka Tun M kepada New York Times - FMT Reporters

 
anifah-aman_mahathir_600

Menteri Luar mdakwa Dr Mahathir cuba merosakkan nama negara di kaca mata media antarabangsa

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat terbuka kepada editor akhbar New York Times.

Katanya, tindakan itu dilihat sebagai percubaan untuk merosakkan negara sendiri di kaca mata media antarabangsa yang didorong dendam politik peribadi.

“Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara,” katanya yang dipetik daripada Bernama

Dalam surat terbukanya kepada agensi berita itu, Anifah menangkis serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), UMNO dan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain disifatkan sebagai keterlaluan ia juga dianggap tidak benar.

Bahkan katanya, langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib telah membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara dengan begitu kritikal.

“Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.