Followers

Friday, June 19, 2015

Pas tidak akan putus hubungan dengan PKR Adam Abu Bakar

 
tuan haji ibrahim,pas,pkr

Hubungan yang terjalin sejak penubuhan PKR akan diteruskan walaupun berhadapan krisis dengan DAP.

PETALING JAYA: Pas akan terus kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, hubungan Pas dan PKR tidak pernah putus walaupun berhadapan krisis seperti sekarang.
“Pas kekal dengan kerja sama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di Facebook.

Mengenai hubungan Pas dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, jika ada kerja sama untuk kali ketiga, parti itu mengharapkan ia kekal untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

“Jika ada kali ketiga, diharap kerja sama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya,” ujarnya.

Katanya, Pas masih lagi kesal dengan DAP yang berterusan mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memfitnah Pas mahu mengadakan kerja sama politik dengan UMNO
“Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di kerajaan Persekutuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.