Followers

Friday, June 19, 2015

Tiada asas bubar DUN Selangor- Azmin FMT Reporters

 
azmin,sultan
Azmin juga memberi amaran supaya tidak melibatkan Sultan Selangor ke dalam krisis politik.

PETALING JAYA: Tiada asas untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, walaupun Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud, ketiga- tiga parti dalam pentadbiran negeri masih lagi berfungsi.

Katanya, tiada juga keperluan untuk beliau menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan krisis politik tiga parti itu kerana tidak menjejaskan pentadbiran negeri.

Timbalan Presiden PKR itu juga mengingatkan Rafizi Ramli supaya tidak cuba mengheret Sultan Selangor dalam krisis politik.

Beliau berkata, perjumpaan mingguan dengan Sultan Selangor hanya melibatkan perbincangan yang lebih penting iaitu pembangunan negeri.

“Jangan libatkan Sultan Selangor. Institusi istana perlu dihormati,” tegasnya ketika ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Khamis.

Naib Presiden PKR, Rafizi telah dilaporkan berkata, Azmin akan menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan tentang krisis politik itu.

Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, bukan senang untuk rakyat membuat pilihan parti mana kerana Pakatan Rakyat telah diberi amanah pada pilihan raya lalu.

Azmin juga menegaskan pakatan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat hanyalah merupakan cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), bukan pendirian parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.