Followers

Tuesday, May 19, 2015

Pandikar: Mahathir malukan diri sendiri Adam Abu Bakar

 
pandikar-tunM

Pandikar mengaku Mahathir ada menasihatinya untuk meletakkan jawatan dan beliau bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyerahkan surat letak jawatannya sebagai Speaker Dewan.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan yang memalukan dirinya sendiri apabila bertindak mendedahkan pertemuan kedua-dua mereka pada 13 Mac yang lalu.

“Mahathir sebenarnya telah memalukan diri beliau sendiri kerana melanggar etika kerahsiaan di antara individu yang berbincang mengenai perkara yang dianggap tidak patut dan tidak akan dizahirkan kepada orang lain,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media tergempar di kediamannya di sini.

“Benar, saya ada berjumpa dengan Mahathir, kami berjumpa dan telah berbincang banyak perkara. Pertemuan itu diibaratkan sebagai pertemuan diantara seorang anak mengadu kepada ayahnya,” ujarnya.

Mengakui Mahathir tidak berbohong mengenai hasrat beliau untuk meletakkan jawatan, Pandikar juga menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar turut menyatakan Mahathir menasihatinya untuk meletakkan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2008 lagi.

Justeru, Pandikar bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyerahkan surat letak jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Namun, jangan kata Najib mahu baca surat saya, pegang pun tidak. Bahkan, Najib bertanya apakah alasan saya untuk meletakkan jawatan.

“Antara sebab-sebab saya mahu meletakkan jawatan adalah, saya nampak dan rasa, pentadbiran di Parlimen tidak memberi kerjasama kepada saya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Pandikar turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk menulis surat letak jawatan kepada Perdana Menteri jika tidak ada sebarang perubahan terhadap insititusi Parlimen.

Akhir sekali, beliau tekankan semua ini tiada kaitan dengan niat untuk mencampuri urusan pertikaian di antara Mahathir dan Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.