Followers

Tuesday, May 19, 2015

Pandikar ugut letak jawatan jika… Adam Abu Bakar

 
pandikar_najib_600

Pandikar mengakui, Najib telah bertindak balas segera dengan menghubungi Ketua Setiausaha 

Negara (KSU), Datuk Seri dr. Ali Hamsa bagi melantik Ketua Pentadbir Parlimen.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyenaraikan beberapa permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu beliau kekal dalam jawatan itu.

Dalam pertemuannya dengan Najib pada 19 Mac lalu, Pandikar mahu Najib mengambil beberapa langkah drastik untuk memartabatkan institusi Parlimen Malaysia.

“Pertama sekali, saya minta jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dimansuhkan kerana ia membawa kepada persepsi segelintir rakyat yang berfikir bahawa Speaker bertugas atas arahan pihak Kerajaan sebagai Badan Eksekutif.

Ia, katanya bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, maka jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan,” ujarnya.

Bahkan, ia juga bagi mengelakkan tuduhan bahawa Parlimen hanya berfungsi sebagai ‘rubber stamp’.
Beliau turut mencadangkan melantik Ketua Pentadbir Parlimen baharu yang boleh bekerjasama dengannya.

“Saya juga minta satu sesi khas ‘Minister Time’ diatur untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen mengajukan soalan kepada menteri-menteri berhubung dengan isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Pandikar turut mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan sewaktu pentadbiran Tun Mahathir pada 1992 diwujudkan semula dan diperbaharui selaras dengan kehendak keperluan semasa.

Tidak ketinggalan isu bangunan serta infrastruktur Parlimen Malaysia perlu dinaik taraf setaraf dengan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Pandikar mengakui, Najib telah bertindak balas segera dengan menghubungi Ketua Setiausaha Negara (KSU), Datuk Seri dr. Ali Hamsa bagi melantik Ketua Pentadbir Parlimen.

“Yang lain-lain, Najib beritahu akan dibincang untuk mendapatkan kelulusan Parlimen.

“Jika tidak ada sebarang lagi perubahan terhadap insititusi di Parlimen sebelum tempoh Penggal Parlimen ke-13, saya tidak teragak-agak untuk.menulis surat lagi kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.