Followers

Tuesday, May 19, 2015

Shabery beri isyarat mustahil debat Tun M- Najib Mohamad Fadli

 
shabery-mahathir

Pernahkah Tun M memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya mengenai isu-isu negara ketika menjadi Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi bayangan debat terbuka antara Tun Dr Mahahir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak mustahil untuk diadakan.

Ini kerana, katanya, beliau perlu mengkaji fakta sejarah sama ada Dr Mahathir pernah memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sekaligus memberi isyarat debat terbuka antara Dr Mahathir dan Najib tidak akan dianjurkan dan disiarkan di mana-mana kaca televisyen.

“Jika Dr Mahathir pernah mengguna pakai ‘standard’ yang sama (debat terbuka) ketika berhadapan masalah, beliau (Dr Mahathir) boleh berbahas,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis ICT Roadshow Huawei Malaysia 2015 di Hotel Royale Chulan.

Dr Mahathir dalam Program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu lalu, berkata beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa secara terbuka berhubung pelbagai isu negara termasuk 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.